Imej S.S.D. Palermo

Lambang rasmi kelab diumumkan pada 2004 dengan lambang berbentuk perisai dan seekor helang seperti hampir sedang terbang diletak di tengah lambang bersama warna merah jamu dan hitam selain nama "U.S. Città di Palermo" dengan berhuruf besar diletakkan di atas. Helang bagi mewakili bandar Palermo dan juga digunakan sebagai jata kota Palermo.

Palermo asalnya bermain dengan jersi merah dan biru sebagai pakaian rasmi mereka sejak penubuhan pada 1898 tetapi diputuskan untuk memilih menggunakan warna merah jambu dan hitam pada 27 Februari 1907 sewaktu pengubahan nama kepada Palermo FootBall Club.

Warna-warna merah jambu dan hitam ini dicadangkan oleh Count Giuseppe Airoldi, salah seorang pengasas terkemuka Palermo. Kemudian pada 2 Februari 1905, Airoldi menulis kepada seorang seorang penasihat Palermo yang berbangsa Inggeris, Joseph Whitaker, beliau mendefinisikan merah jambu dan hitam sebagai "warna-warna duka dan manis", pilihan tegasnya untuk menjadi pasukan ini mempunyai ciri-ciri "keputusan turun naik seperti jam Swiss" lalu menamatkan penggunaan warna merah dan biru yang diguna meluas pada masa itu.[2]

Kelab ini terpaksa menunggu jersi baru ini selama tiga bulan oleh kerana tiada bahan flanel merah jambu di Palermo dan melantik syarikat jahitan yang membawa barang import itu dari England.[3] Jersi baru ini pertama kali dipakai sewaktu menentang pasukan krew Sir Thomas Lipton yang berkesudahan kemenangan memihak kepada Palermo, 2-1.[4] Dari tahun 1936 hingga 1940, pasukan ini dipaksa beraksi dengan memakai jersi merah dan kuning disebabkan rejim fasis Benito Mussolini. Warna merah dan kuning sebenarnya dipilih daripada bendera kota Palermo. Apabila kelab ini ditubuhkan semula pada 1941 berikutan bergabungan dengan Juventina Palermo, mereka mula memakai jersi biru di atas padang tetapi memakai semula jersi merah jambu dan hitam yang popular setahun kemudian.[5]